Wednesday, 8 August 2012

GURU MUZIK DIJEL 25 TAHUN


KUANTAN: “Tertuduh melakukan perbuatan jijik ini lebih sekali dan mengambil kesempatan dengan tugasnya sebagai seorang guru.

Oleh itu, tertuduh tidak wajar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan dilakukan serius,” kata Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir, ketika menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru muzik yang didakwa melakukan seks luar tabii dan mencabul pelajarnya, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Wahid Mohd Haneepa, 43, dari Perumahan Bukit Rangin, di sini, didakwa dengan tiga pertuduhan sebelum ini di Mahkamah Sesyen, di sini tetapi dilepas dan dibebaskan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan dan membawa kes guru Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas) itu ke Mahkamah Tinggi.

Akhtar berkata, mahkamah mendapati tiada sebarang faktor yang mendorong untuk meringankan hukuman terhadap tertuduh sebelum mengenakan hukuman terbabit selain memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang sudah berkhidmat 16 tahun didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di bilik muzik sekolahnya kira-kira jam 5.30 petang pada pertengahan April 2007.

Bagi kesalahan itu, Abdul Wahid disabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul pelajar terbabit pada akhir Mac dan awal April 2007 di tempat dan masa sama serta dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Akhtar kemudian mengarahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak bermula semalam. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How manakala tertuduh diwakili Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment